HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 3, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH - cerita P Ramlee di negeri Pasir Berdengung

tak sangka ako
P Ramlee rupanya ada instinct jgk
apa yg dia wat dalam filem tuh jadi realiti jugak

ako sebagai seorang rakyat biasa mengharapkan hanya yang terbaik untuk negeri dan negara ini

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT >>>




The Accidental Husband (2009) - mediafire links





thank you to the uploader

The Pink Panther 2 2009 CAM.XviD - mediafire



thank you to the uploader

Heroes S03E18 HDTV XviD-0TV

Monday, March 2, 2009

MAN UTD WIN THE LEAGUE CUP


MAN UTD WIN AFTER 120 MINUTES GOALLESS
4-2
GIIGGS,TEVEZ,RONALDO AND ANDERSON

GO FOR ANOTHER 3 CUP
FA CUP, PREMIER LEAGUE, CHAMPIONS LEAGUE

Sunday, March 1, 2009

Nadya Suleman and her Octuplet

Nadya Suleman

had 14 child

6 and the latest 8 babies

Nadya Suleman began IVF treatments in 2001 which resulted in four single births and one fraternal twin birth, with four boys and two girls born between 2001 and 2006:

  • 7-year-old Elijah Makai Solomon (boy)
  • 6-year-old Amerah Yasmeen Solomon (girl)
  • 5-year-old Joshua Jacob Solomon (boy)
  • 3-year-old Aiden Solomon (boy)
  • 2-year-old Calyssa Arielle Solomon (girl, twin)
  • 2-year-old Caleb Kai Solomon (boy, twin)


giving birth to octuplets on January 26, 2009.



and now been offered to star for porn

her family link

KAMI THE MOVIE - mediafire link






thank you the first uploader
and also g-3-n

‘DUN Perak tidak boleh bersidang’

KUANTAN 28 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Dia (Sivakumar) tidak boleh (buat sidang tergempar) sebab mahkamah belum membuat keputusan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu masih lagi wakil rakyat dan mereka tidak mengosongkan jawatan mereka sebagai ADUN.

“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini. Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Najib mengulas tindakan Sivakumar mengeluarkan notis sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua usul yang diterima pada 24 Februari lalu.

Sivakumar berkata, semua wakil rakyat diarah hadir kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, enam anggota Exco kerajaan negeri dan tiga wakil rakyat iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Najib berkata, walaupun menerima tekanan daripada pembangkang di Perak, ia tidak akan melemahkan usaha kerajaan BN untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat negeri itu.

“Apa yang mustahak sekarang ialah kita hendak memberi tumpuan kepada kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kita kena turun padang dan tunjukkan bahawa kerajaan baru di Perak adalah kerajaan yang benar-benar mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat,” tegasnya.


eh, pelik jugak. dah tau x sah tapi bentuk kerajaan jugak.bley plak guna undi calon bebas untuk form kerajaan. n kalo kes mahkamah x selesai, maknanya adakah tiada sidang dun perak sepanjang tempoh tersebut?...

Link2 Movie ADRIVE ( huge collection )


just sharing
thank you the first uploader

Link2 Movie ADRIVE ( biggest-list-of-movies )

click on this link


just sharing
thank you to the first uploader

Buli Di Sekolah Masuk Youtube

KUCHING: Sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak bukan saja berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube, sejak kelmarin.

Rakaman klip video tiga minit itu dipercayai berlaku di sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya Dalat di Mukah.

Ia memaparkan mangsa yang lengkap berpakaian seragam, dibelasah kira-kira 10 pelajar senior, termasuk dipukul dengan cerek sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka dan badan.


Mangsa buli berkenaan dipercayai seorang pelajar Tingkatan Tiga manakala pelajar yang memukulnya adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah sama.

Mangsa merayu supaya tidak dipukul, tetapi tidak diendahkan pelajar yang sebaliknya secara bergilir-gilir memukul dan menendang mangsa. Difahamkan, kejadian yang mendapat liputan meluas media tempatan itu, membabitkan kes curi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Khoo mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu Isnin lalu dan pihaknya sudah memulakan siasatan.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, bersama ibu bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Dalat pada jam 12 tengah hari 23 Februari lalu. Kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan seterusnya,” katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah berkata kerajaan negeri memandang serius kes buli berkenaan.

“Ia memalukan dan tidak wajar berlaku. Saya kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini dan hanya mengetahui mengenainya selepas membaca laporan akhbar.

“Saya sudah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pelancaran Program Pengurus Kediaman Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Biro Wanita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya akan mengarahkan pengetua sekolah itu menjalankan siasatan dan jika kejadian itu terbukti benar, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung sekolah.

“Jabatan akan melakukan siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

“Maklumat awal menyatakan perkara ini sebenarnya sudah diselesaikan di peringkat sekolah namun pihak yang merakam aksi itu bertindak menyebarkan rakaman ke internet,” katanya.

bharian

LIGA SUPER - KEDAH VS TERENGGANU

Kedah 3 - 0 Terengganu

Over at the Darul Aman Stadium in Alor Star, Kedah, last season's treble champions, devoured Terengganu 3-0 with the goals coming from Faizal Abu Bakar (25th, 73rd) and Mohd Khyril Muhymeen Zambri (44th).

-bernama-

Aksi2 Tidur Terlampau












macam2 gaya tidur
yang mana satu idaman kalbu
hehe...

thank you to the first uploader
i'm just reupload

Transporter 3 DVDRip XviD-ARROW - mediafire link





thank you to the uploader

Saturday, February 28, 2009

Malaysia Perlu Bangunkan Ekonomi Negara


semua negara dalam bahaya
ekonomi makin merosot
merosot teruk
semoga kita bersama2 bersatu ke arah menjaga ekonomi negara kita

Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi


FEB 28 — Nampaknya kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi telah dilihat sebagai mahu bekerjasama dengan Umno. Padahal apa yang dicadangkan oleh beliau untuk semua pihak di negara dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan politik sekarang.

Cadangan ini jauh sekali berbeza dengan cadangan Mac 2008 lalu iaitu muzakarah Pas-Umno. Ini kerana cadangan ini bakal melibatkan semua parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dan juga dalam Barisan Nasional. Ia bukan kerjasama antara Pas dengan Umno semata.

Inilah mesej yang saya sendiri dapat apabila saya turut terlibat dalam wawancara antara Saudara Adib Zalkapli dari The Malaysian Insider, saya dari Siasah dan juga Nazri Abdullah dari Tvpas.com. Wawancara ini berlaku pada jam 2.30 petang di Tingkat 14, Bangunan Parlimen Selasa lepas. Untuk kepentingan ketiga-tiga pihak yang mewawancara ini, kami berjanji ia akan diterbitkan serentak iaitu hari Jumaat semalam.

Sebagai karyawan dari Siasah, saya yang mula memberikan soalan. Soalan saya pula berdasarkan apa yang kami fikirkan di Siasah dan apa yang telah kami buat di Siasah.

Siasah, sebelum ini telah menyiarkan dua kali berturut-turut cadangan kami agar ahli-ahli politik di negara ini samada dari PR atau BN agar melakukan genjatan senjata.

Untuk edisi pertama, kami cadangkan agar pilihan raya dua bukit nanti dijadikan mahkamah rakyat. Keputusan pilihan raya ini hendaklah dipatuhi oleh BN dan PR.

Jika Pas menang di Bukit Gantang, BN kena terima hakikat rakyat Perak mahukan Pas memimpin negeri itu. Datuk Dr Zambry Kadir kena serahkan balik kerajaan Perak kepada PR. Jika BN menang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin secara baik serahkan kerajaan Perak kepada BN. Tarikh balik saman ke mahkamah dan patuhi kehendak rakyat Perak itu.

Dalam keluaran berikutnya, di muka depannya kami laporkan semua sokong politik damai. Kami tinjau pendapat pelbagai pihak dan kebanyakan mereka bersetuju dengannya.

Kenapa kami lakukan ini? Kerana, kami sendiri sebagai karyawan di akhbar politik sudah letih dengan apa yang ada. Kami setuju nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin agar media fokuskan kepada ekonomi yang bakal gawat dan kurangkan cerita politik.

Bagi kami, cerita politik akan kurang kalau ahli politik memberikan fokus kepada ekonomi yang bakal gawat. Kurangkan aktiviti politik yang bagi kami sudah terlebih dan melampau sekarang.

Dalam masa yang sama, kami mendapat maklumat, isu ini turut dibincangkan di kalangan pemimpin politik termasuk dalam Pas dan PKR. Yang kami tak tahu pandangan pemimpin DAP dan Umno sahaja.

Pemimpin Pas dan PKR kami difahamkan bersetuju agar satu genjatan senjata dibuat untuk membolehkan semua pihak dapat memberikan fokus kepada ekonomi yang bakal meleset. Mereka akan memberikan tumpuan kepada lima negeri yang mereka perintah. BN pula tumpukan negeri yang mereka perintah dan kerajaan pusat. Namun ini tidak boleh dibuat kerana ketegangan politik ini.

Di kalangan Pas, kami difahamkan tidak berbangkit lagi yang tidak sokong idea ini kumpulan Erdogan kerana mereka juga setuju dengan politik damai ini. Kita akan bertembung lagi dalam pilihan raya ke 13 nanti. Buat masa sekarang mari kita berikan masa dan minda kita untuk hadapi masalah yang bakal dihadapi rakyat.

Atas dasar inilah, saya secara peribadi bertanyakan soalan kepada Presiden Pas itu. Maka, jawapan yang kami terima adalah beliau cadangkan politik damai atau bentuk kerajaan perpaduan ala Habibie di Indonesia lalu.

Dalam kerajaan itu, semua berada di dalamnya. BN, PR dan parti-parti dalam kedua-dua komponen ini. Masing-masing mendapat peranan berdasarkan kekuatan masing-masing samada dalam DUN atau Parlimen.

Ketika itu, semua akan memberikan fokus kepada usaha untuk kepentingan yang dipersetujui bersama iaitu menghadapi masalah ekonomi, rasuah serta perpaduan, kata Abdul Hadi.

Oleh itu tidak berbangkit soal Abdul Hadi mahu bersama dengan Umno kerana ketuanan Melayu dan seumpamanya. Ia adalah untuk kepentngan negara dan rakyat.

Mungkin kerajaan perpaduan ini tidak dapat bertahan lama. Mungkin dua tahun sahaja sebagaiman di Indonesia zaman Habibie dahulu. Tetapi kena ingat, kesannya besar kepada negara Indonesia itu. Hingga kini, masalah demokrasi, melawan rasuah dan ekonomi sangat jelas arahnya.

Selepas itu, apabila datang pilihan raya ke 13, semua parti-parti politik ini akan bertembung kembali. Kita bentuk kerjasama sebagaimana pra 2008 lalu dan kembali membentuk kerajaan baru selepas itu.

Inilah ideanya, apa yang saya faham dari wawancara dengan Abdul Hadi Awang itu. Jadi jangan berfikir yang bukan-bukan kerana saya adalah antara penentang muzakarah Pas-Umno 2008 lalu.


by Zulkifli Sulong

a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa Malaysia weekly Siasah.


betul r tuh, lebih baik suma parti politik berdamai aja. n maybe pilihan raya kecil nih jadi guide sama ada BN or PR yang rakyat mahukan.let's rakyat decide!!!

Friday, February 27, 2009

Antoo Fighter - Mediafire Link



Mutiara Kata




Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus hati.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Dan mengapa didambakan teman bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah.

Selamat Pagi Cinta - Mediafire Link





thank you the uploader

Wednesday, February 25, 2009

Kawan Ako Kata ....

ada satu pepatah member ako bgtau yang ako rasa sangat sesuai untuk kita renung
pandai2 r kait dengan isu semasa ek
kawan ako kata




jangan tegur ketiak orang busuk
sedangkan kita duduk atas tong taik
nanti org bukak tong taik
dengan tong taik tu nanti orang sepak