Hajat Manchester United mempertahankan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) bertambah cerah walaupun sekadar mampu seri 1-1 ketika menentang Blackburn dalam saingan rancak di Ewood Park, awal pagi tadi. Apapun, Blackburn dengan suntikan semangat di halaman sendiri mendahului pada minit ke-21 hasil jaringan Santa Cruz Roque dan tampak seperti mampu mengutip mata penuh buat menyentap cabaran United sebelum Carlos Tevez hadir selaku penyelamat dengan gol penting pada minit ke-88. United akan menentang Chelsea pada 26 April ini Stanford Bridge bagi membuat penentuan siapa bakal mengukuhkan cengkaman selaku juara bagi musim baru.
Di Malaysia pula,juara Liga Super 2008 Kedah yang menurunkan kebanyakan pemain simpanan tewas 1-2 kepada pasukan Polis.Polis membuka jaringan menerusi Carlos Argusto pada minit ke-34 tetapi kedudukan itu disamakan Kedah menerusi Shakir Ali sebelum Argusto menutup terus impian pelawat berkongsi mata apabila menjaringkan penalti berbaki 10 minit permainan.
[VIDEO] Ammar Ahyan Selesa Dengan Nabil Ahmad, Puji Seorang Yang Baik –
‘Dia Pun Suka Tanya Soalan Macam Abah’
-
Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar
Ahyan menyifatkan pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad seorang yang
baik. ...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment