EPISOD malang ketika dibelasah teruk dua kelab dari Singapura akhirnya terbalas selepas kedua-dua wakil Malaysia, Kedah dan Perak masing-masing mencatat kemenangan bergaya pada saingan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC 2008, malam tadi.
Lebih mengejutkan apabila Perak yang beraksi di tempat lawan menang 2-0 ke atas Tentera Singapura, manakala Kedah membelasah Home United, 4-1 di Alor Star meskipun kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan kedua kalah mati.
Di Stadium Darulaman, Kedah menyekat hasrat Home Utd mencipta kemenangan terakhir walaupun dikejutkan dengan jaringan seawal minit keempat menerusi Ludogick Jegkenjne Takam.
Anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah bagaimanapun terpaksa menunggu minit ke-40 untuk menyamakan kedudukan menerusi tendangan bebas Nelson Sam Martin.
Kedah dilihat semakin rancak untuk memburu gol dan menambah jaringan sebaik babak kedua bermula menerusi Sabri Abu manakala Nelson dan Marlon Alex James masing-masing menyumbat gol ketiga dan keempat pada m-56 dan m-80 untuk melengkap kemenangan bergaya.
Bagaimanapun, jurulatih Home Utd, N Siwaji menyifatkan kekalahan besar itu disebabkan anak buahnya penat selepas melalui banyak perlawanan sebelum ini.
“Kami terpaksa menurunkan sebahagian besar pemain simpanan untuk perlawanan ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment