KUALA LUMPUR 24 Jun – Selepas seri pada perlawanan pertama, pasukan pilihan Kedah dan Selangor mengorak langkah kemenangan dalam perlawanan kedua kempen bola sepak Piala Malaysia apabila menang ke atas lawan masing-masing sebentar tadi. Kedah yang masih segar dengan kejayaan mengekalkan Piala FA Sabtu lalu bagaimanapun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang dalam saingan Kumpulan B. Pemain kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen menjaringkan gol kemenangan pasukan pelawat pada minit ke-45 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan. |
No comments:
Post a Comment