KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah mencerahkan peluang ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenamkan cabaran Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Pasukan Hijau Kuning sepatutnya mampu menang lebih selesa jika tidak kerana kegagalan Nelson San Martin menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.
Menurunkan kesebelasan utama termasuk pemain importnya, Kedah membuka jaringan menerusi Badrol Bakhtiar pada minit ke-25.
Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah kemudiannya menggandakan jaringan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-40.
Tidak cukup dengan kedudukan itu, Kedah yang terdahulu kecewa dengan kegagalan Nelson menyempurnakan penalti, menebusnya dengan jaringan ketiga menerusi Kyril Muhymeen pada minit ke-76.
“Jaga Anak Kecil Sangat Memenatkan, Sebab Tu Saya Ambil Pembantu Rumah”
-
Pelakon Fatin Afeefa mengakui cabaran untuk membesarkan anak yang aktif
serta memahami ianya sangat memenatkan. Menerusi satu hantaran di Threads,
Fatin ...
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment