Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan
mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.
Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon.
Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si
isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu
semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.
Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.
RM4 Juta Bantu 5,000 Rakyat Selangor Hilang Kerja Mulakan Perniagaan
-
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan inisiatif
Transisi Kerjaya PLATS yang dijangka memberi manfaat kepada 5,000 rakyat
negeri itu...
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment