KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.
“Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu,” katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.
Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.
petrol naik, kita kurangkan bergerak ( kurangkan pencemaran)
gula naik harga, kita kurangkan gula...( elak diabetes)
minyak masak naik harga, kita kurangkan penggunaan minyak... ( elak sakit jantung)
baik sungguh negara kita...
GSF: Kapal Dinaiki Zizi Kirana Disabotaj Isr*el! – “Jika Anda Tonton Video
Ini, Bermakna Saya Telah Diculik”
-
Terbaru, melalui akaun rasmi Sumud Nusantara Official, pihak mereka telah
memuat naik video selebriti, Zizi Kirana yang memaklumkan dirinya telah pun
dic...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment