Perwakilan Kelantan, YB Datuk Hj Wan Rahim mendedahkan dalam muktamar semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden bahawa YAB MB Kelantan telah menyumbangkan sebahagian daripada haknya sebagai MB kepada rakyat dan kerajaan negeri. Beliau berkata inilah contoh pemimpin Islam zaman ini yang wajar ditauladani oleh seluruh pemimpin-pemimpin PAS terutama yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Menurutnya Tok Guru Nik Abd. Aziz tidak pernah mengambil elaun rumah sebanyak RM 3000 sebulan sepanjang 19 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Elaun tersebut tidak pernah dituntut oleh MB, dan kalaupun ada yang pernah dimasukkan dalam akuannya, dikembalikan semula kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada rakyat.
Selain itu, ada maklumat dari sumber lain, Tok Guru juga menyumbangkan sebahagian elaun bulanan sebagai MB dan wakil rakyat kepada Tabung Serambi Mekah yang juga disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Menurut sumber tersebut hampir 40 % elaun bulanannya disumbangkan kepada rakyat. Katakan elaun bulanan yang Tok Guru terima setiap bulan sebagai MB RM 15 ribu, ini bermakna lebih kurang RM 1.3 juta tok guru sumbangkan elaunnya kepada rakyat selama 19 tahun. Ditambah pula dengan elaun rumah yang tidak pernah dituntutnya selama 19 tahun iaitu hampir RM 684 ribu, bermakna RM 1.9 juta lebih atau hampir RM 2 juta Tok Guru Nik Abd Aziz telah sumbangkan elaunnya kepada kerajaan negeri dan juga rakyat.
* berapa ramai pemimpin dalam dunia yang sanggup berkorban demi rakyat
sumber
Sunday, June 7, 2009
MB Kelantan dan Elaunnya
Posted by AbDuL LuDiN at Sunday, June 07, 2009 0 comments
Monday, May 11, 2009
ALHMADULILLAH- NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!
TAKBIR!!!
Posted by AbDuL LuDiN at Monday, May 11, 2009 1 comments
Labels: isu semasa, politic, politics
Friday, May 8, 2009
Arrest and Arrest...
apalah nasib mereka ini...
Posted by AbDuL LuDiN at Friday, May 08, 2009 0 comments
Labels: isu semasa, politic, politics, youtube
Tuesday, March 17, 2009
Ali Rustam lucut kelayakan tanding Timbalan Presiden
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.
Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.
Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.
Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).
Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.
melanggar peraturan pemilihan parti? ada kaitan dgn duit ker x ek?nape ada yang amaran saja ek.arth masa MB Selangor baru didakwa n disiasat SPRM ada yang suruh letak jawatan nih ada yang dah dijatuhkan hukuman oleh parti senyap aja.malaysia2...
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/17/mstar_mutakhir/20090317162013&sec=mstar_mutakhir
Posted by AbDuL LuDiN at Tuesday, March 17, 2009 2 comments
Labels: isu semasa, politics, politik
Saturday, March 7, 2009
PERHIMPUNAN PPSMI : RAKYAT- POLIS - FRU
Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas dengan beratus-ratus penyokongnya merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara.
Bagaimanapun perarakan itu berjaya disuraikan sebelum mereka tiba di kawasan Istana Negara.
Insiden itu juga menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.
Pihak polis telah memulakan sekatan di 16 lokasi di sekitar ibu negara sejak awal pagi tadi.
Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis bermula di Masjid Negara, yang jauhnya kira-kira satu kilometer pada pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.
Bagaimanapun mereka ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.
Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pun begitu, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke Istana Negara.
Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian.
Memorandum pihaknya diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.
Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.
Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pada awalnya kumpulan tersebut yang diketuai Datuk Hassan Ahamd, A. Samad dan Dr. Shaharil MD Zain telah bersetuju bahawa mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan ataupun demonstrasi.
"Mereka telah bersetuju akan menghantar wakil ke Istana Negara selepas sembahyang Zohor tetapi apabila parti-parti politik seperti PAS dan PKR terlibat bersama, ia berubah menjadi perarakan haram.
"Kami tiada pilihan dan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang mengingkari amaran polis," katanya.

credit to
mstar.com.my
http://ajlaaizwan.blogspot.com/
Posted by AbDuL LuDiN at Saturday, March 07, 2009 0 comments
Thursday, March 5, 2009
Perlukah Mesyuarat DUN Tergempar Mendapat Perkenan
from other blog,
Oleh kerana saya buta undang-undang dan tak ambik pot pun selama ni, saya tidak tahu adakah mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3), iaitu sidang khas Parlimen mengenai Gaza pada 12 Januari lalu memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak kerana ia mesyuarat khas. Berikut ialah petikan perisytiharan sidang itu:
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 7 Januari 2009 supaya diadakan satu Mesyuarat Khas pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3).Saya memang tak reti. Tetapi oleh kerana saya tidak nampak perkataan perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya dok rasa tidak adalah perkenan itu diminta. Tak minta tu tentulah disebabkan tak perlu. Gitu la kot. Dan, sidang DUN Perak pun mesyuarat khas juga.
nih ako amik dari blog http://penarikbeca.blogspot.com/.ada kebenarannya jugak kalo sidang dun tergempar x perlu perkenan sbb nama pon tergempar.maybe we have no right to decide this but we have have thr right to know this.which is true which is not.

tapi, nape ada yang menunjukkan jari tengahnya.
x baik tau...
Posted by AbDuL LuDiN at Thursday, March 05, 2009 0 comments