KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah mencerahkan peluang ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenamkan cabaran Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Pasukan Hijau Kuning sepatutnya mampu menang lebih selesa jika tidak kerana kegagalan Nelson San Martin menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.
Menurunkan kesebelasan utama termasuk pemain importnya, Kedah membuka jaringan menerusi Badrol Bakhtiar pada minit ke-25.
Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah kemudiannya menggandakan jaringan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-40.
Tidak cukup dengan kedudukan itu, Kedah yang terdahulu kecewa dengan kegagalan Nelson menyempurnakan penalti, menebusnya dengan jaringan ketiga menerusi Kyril Muhymeen pada minit ke-76.
“Hidung Mancung Ikut Mama” – Azeva Nafi Buat Hidung
-
Penyanyi Azeva menafikan tuduhan yang mendakwa dia melakukan pembedahan
plastik untuk memancungkan hidung. Memetik HibGlam, Azeva berkata hidungnya
adala...
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment