
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) kepada pasukan bola sepak Kedah yang berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran juara buat musim kedua berturut-turut.
Seramai 37 individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan menerima anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star, semalam.
Turut berkenan berangkat pada istiadat penganugerahan itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun. Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sultan Kedah berkenan mengurniakan anugerah itu bagi menghargai jasa mereka kerana telah mengharumkan nama negeri dalam bidang sukan bola sepak.
Pada majlis tersebut, antara yang menerima anugerah ialah Pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah, Datuk Othman Aziz; ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan para pemain pasukan Sang Kenari.
IGNITE Himpunkan Pemimpin Pemasaran Malaysia, Teroka Potensi & Peluang
Baharu
-
Berteraskan persoalan utama iaitu mengenai langkah seterusnya, IGNITE yang
berlangsung baru-baru ini telah menghimpunkan pemimpin pemasaran dan
perniagaa...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment