HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Surat Azraai




credit to

LINK

Friday, October 16, 2009

Azraai ke Wisma FAM



Mohd Azraai Khor Abdullah bukan lagi bergelar jurulatih Kedah.

Jurulatih Kenari sejak 2004 itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah tengah hari tadi. Berita peletakan jawatan Azraai disiarkan di Info Sukan TV1 tadi.

Azraai dijangka memulakan tugas selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Muda dalam Liga Super musim depan.

Difahamkan Azraai yang dilantik oleh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pada 2004 menggantikan Miradinha, enggan meneruskan khidmat di Alor Star selepas pengalaman pahit dengan pengurusan KFA yang disifatkan tidak memberi kerjasama dan tidak profesional.

Perbezaan politik di antara Perbadanan Stadium dan pengurusan KFA juga mengakibatkan urusan penyenggaraan padang terabai sehingga mengakibatkan kecederaan pemain.

Apabila Azraai mengenal pasti jentera serangan sebagai kelemahan utama pasukan menjelang Piala Malaysia, dia turut menyenaraikan beberapa pemain untuk dipinjam.

Satu daripadanya Haris Safwan Kamal yang menelefon menyatakan minat menyarung jersi Kedah.

Malangnya KFA tidak memberi kerjasama. Kesudahannya era kegemilangan treble dua musim berturut-turut dengan khidmat tenaga import berakhir dengan peletakan jawatan Azraai tadi.

Azraai enggan mengulas, sekadar menyebut mahu bertemu loose cannon kelak.

sumber

LINK

Sunday, July 19, 2009

Pak Long ( pemain Kedah ) - selagi ada rindu dan untukmu penyokong


Selagi Ada Rindu

link



Untukmu Penyokong




Wednesday, May 6, 2009

Kedah Menang 7-0

Azraai terkejut

Oleh Bashah Zainol Abidin

SAYA tidak sangka kami akan menang besar kerana separuh tonggak pasukan mengalami kecederaan selain beberapa pemain digantung kerana dua kad kuning,” kata ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah selepas menyaksikan anak didiknya membelasah Hanoi ACB dari Vietnam 7-0 dalam saingan Piala AFC, malam tadi.

Bagaimanapun, Azraai terkilan kerana pasukan yang sudah layak ke suku akhir dengan kejayaan sempurna sebelum ini, Chonburi FC dari Thailand, tumpas kepada pencabar terdekat Kedah, Eastern Athletic dari Hong Kong dengan 2-1.

Kedah bersaing dengan Eastern untuk menjadi pasukan kedua layak dari Kumpulan G. Ketika ini, mereka berkongsi tujuh mata tapi dipisahkan dengan perbezaan gol.

“Saya puas hati dengan prestasi pemain muda saya yang beraksi dengan penuh semangat untuk mencari kemenangan. Tapi, pada masa yang sama, mereka juga banyak mensesiakan peluang di depan gol lawan.

credit to hmetro

Wednesday, April 8, 2009

Kedah peroleh kemenangan pertama, Johor kecundang

ALOR SETAR – Kedah berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) selepas menundukkan Eastern Athletic daripada Hong Kong 2-0 di Stadium Darulaman malam tadi.

Pertemuan malam tadi merupakan perlawanan ketiga Kedah bagi Kumpulan G di kejohanan tersebut.

Pasukan tuan rumah yang membariskan pemain berpengalaman ternyata ampuh mengatur serangan ke arah kubu lawan.

Kedah hampir memperoleh gol awal pada minit ketiga menerusi percubaan Shafizan Hashim, namun ia berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Eastern Athletic, Yapp Hung Fai.

Seminit selepas itu, lawan pula mendapat sepakan percuma dan disempurnakan oleh Yeung Ching Kwong, tetapi percubaan tersebut tersasar ke tepi gawang Kedah.

Berbekalkan misi memburu tiga mata penuh, Kedah terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-27.

Jaringan pembukaan itu hadir menerusi tandukan Farizal Rozali yang menerima sepakan sudut Badrol Bakhtiar.

Perlawanan yang terus mempamerkan keseimbangan selepas itu tidak menghalang Eastern Athletic untuk mengatur serangan balas.

Kubu pasukan Kedah yang menerima cubaan penyerang lawan turut cemas seketika sebelum pertahanannya kembali mengalih bola ke kawasan lain.

Kelebihan beraksi di tempat sendiri juga menjadi perangsang kepada pemain tuan rumah untuk menggandakan kedudukan.

Jaringan kemenangan pasukan Kedah muncul menerusi Mohd. Azrul Ahmad pada minit ke- 77 selepas dia menerima hantaran Farizal.

Permainan yang semakin rancak selepas itu bagaimanapun gagal mengubah kedudukan yang memihak kepada pasukan Kedah.

source utusan

Wednesday, March 18, 2009

Kedah gagal lakukan kejutan

PEMAIN Kedah, Mohd. Khyril Muhymeen (kanan) menanduk bola sambil dihalang pertahanan Chonburi FC pada pertembungan Piala AFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. Chonburi FC menang 1-0. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


ALOR SETAR - Hajat membuat kejutan di gelanggang sendiri gagal ditunaikan Kedah apabila tewas 0-1 kepada Chonburi FC dari Thailand pada perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2009 di Stadium Darulaman, semalam.

Selepas tewas 1-3 kepada ACB Hanoi pada perlawanan terdahulu, Kedah yang cuba mencari kemenangan sulung beraksi garang pada awal permainan dengan mengatur beberapa asakan pantas tetapi dalam satu serangan balas pasukan pelawat, tuan rumah dikejutkan jaringan Kone Mohamed pada minit ke-33.

Dalam perlawanan semalam, sebaik pengadil dari China, Zhao Liang meniupkan wisel permulaan, Kedah tampak bersemangat mengatur asakan yang menyaksikan pada minit kedua, penyerang Badrol Bakhtiar memperoleh peluang keemasan tetapi rembatannya tersasar.

Ini membangkitkan semangat Kedah untuk meneruskan asakan tetapi kecetekan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa dan ketiadaan penyudah menghampakan penyokong tuan rumah walaupun beroleh kesempatan.

Bagaimanapun, perlawanan kembali seimbang dengan Chonburi FC pula mencemaskan benteng pertahanan Kedah, namun tuan rumah tanpa beberapa tonggak masih mampu mengekang asakan pelawat yang membariskan tujuh pemain kebangsaan dan pemain import.

Akhirnya dalam satu gerakan, penyerang Chonburi FC, Kone mudah memperdayakan pemain pertahanan, Victor Andrag sebelum menyepak masuk ke penjuru gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Helmi Eliza Alias pada minit ke-33 untuk pasukan pelawat mendahului 1-0.

Walaupun ketinggalan, Kedah tetap bersemangat untuk mencari jaringan penyamaan pada babak kedua dengan menyaksikan Badrol sekali lagi mempunyai peluang untuk merembat ke dalam pintu gol Chonburi FC ketika penjaga gawang, Kosin Hathairattanakool terlajak ke depan.

Namun, sepakan Badrol ditampan pemain pertahanan, Surat Sukha untuk bola yang melantun kembali ke dalam dakapan Kosin pada minit ke-46.

Permainan kemudiannya kembali seimbang tetapi tuan rumah ternyata gagal menembusi benteng Chonburi FC untuk kedudukan kekal dengan pasukan pelawat memungut mata penuh di Stadium Darulaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm

Friday, March 13, 2009

Kalah Tapi Puas Hati?

KEDAH tewas pada perlawanan pembukaan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Hang Day Hanoi, Vietnam kelmarin.

Pada perlawanan itu Kedah dibelasah 3-1 oleh kelab Hanoi ACB.

Begitupun, jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata dia berpuas hati dengan kekalahan itu.

Reaksi yang diberikan Azraai itu mungkin akan mengundang kemarahan penyokong namun itulah jawapan yang diberikannya ketika diminta mengulas mengenai kekalahan skuad Kenari pada perlawanan pertama Piala AFC itu.

Azraai menjelaskan, dia bukanlah gembira pasukannya ditewaskan lawan tetapi berpuas hati dengan corak yang dipamerkan jentera Kedah ketika beraksi atas padang yang kurang berkualiti dan becak itu.

Katanya, walaupun pasukan lawan berjaya berada di hadapan dengan dua jaringan pada babak pertama namun pemainnya masih dapat mendominasikan permainan itu.

"Saya tidak menyalahkan mereka (pemain) dengan kehadiran tiga gol lawan itu kerana dua daripada jaringan muncul akibat pemain yang mengawal bola telah terjatuh sebelum bola tersebut disambar penyerang lawan.

"Pemain terjatuh akibat padang becak kerana hujan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, rentak yang dipamerkan oleh pemain yang bukan daripada kalangan kesebelasan utama telah mempamerkan rentak permainan yang lebih bertenaga.

Menurutnya lagi, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka walaupun banyak percubaan dilakukan oleh jentera serangannya yang diketuai Khyril Muhymeen Zambri dan Syafiq Jamal.

"Begitupun perlawanan ini bukanlah yang terakhir kerana pasukan Hanoi ACB juga akan bertandang ke Alor Setar selepas ini dan ketika itu saya rasa pemain pasti dapat menebus kekalahan ini," tegasnya.

Kedah yang menghuni kumpulan G akan bertemu Chonburi FC dari Thailand di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 17 Mac ini.


kosmo