HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label utusan. Show all posts
Showing posts with label utusan. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Anak Umur 23 Tahun, Mak Umur 19 Tahun???

Persandingan ‘Anak Bapak’ meriah


FILEM Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengenai persandingan serentak anak dan bapa memberi idea kepada seorang usahawan untuk melangsungkan hari bahagianya itu bersama anak sulungnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.Kedua-dua pasangan mempelai itu, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45, dan isteri, Intan Nor Farliana Shamsudin, 19, serta Mohd. Nurfaizalizwan Mohamad Senuan, 22, dan Siti Yusnita Ab. Manah, 23, disandingkan di atas satu pelamin dalam satu majlis persandingan berkonsep batik warna warni yang dihadiri hampir 1,000 tetamu. – UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 30 Mei – Bagi Mohd. Nurfaizalizwan tiada yang lebih membahagiakan selain daripada berpeluang bersanding serentak dengan bapa tercinta, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45 tahun.

Persandingan ‘anak bapak’ itu menyaksikan Mohd. Nurfaizalizwan, 22, bersama pasangannya, Siti Yusnita Ab. Manah, 23, manakala bapanya, Mohamad Senuan dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, 19.

Majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bukan sahaja mereka bersanding bersama, anak dan bapa itu juga berpakat memberikan wang hantaran kepada pasangan masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu RM8,000.

Lebih menarik majlis itu turut disaksikan oleh bekas Mohamad Senuan iaitu Norliah Hussin, 45, yang juga mengambil bahagian dalam upacara merenjis pasangan pengantin tersebut.

Ketika ditemui, Norliah berkata: ‘‘Saya sungguh gembira kerana majlis persandingan bekas suami dan anak sulung kami berlangsung dengan meriah’’.

Mohd. Nurfaizalizwan, 22, berkata, hasrat bapanya mahu mengadakan majlis persandingan mereka secara serentak disambut dengan kegembiraan berganda seluruh keluarga kedua belah pihak.

‘‘Sukar untuk menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata. Tidak pernah termimpi akan bersanding serentak dengan bapa dalam majlis yang sama.

‘‘Peristiwa ini cukup indah dan menjadi sejarah yang sangat bermakna untuk diri saya sekeluarga,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini malam ini.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Setor di syarikat swasta bernikah dengan Siti Yusnita pada 30 April lalu manakala bapanya, Mohamad Senuan diijab kabul dengan Intan Nor Farliana pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Mohamad Senuan berkata, idea untuk mengadakan persandingan serentak dengan anaknya diperoleh daripada filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Anak Bapak.

‘Selain dapat mengumpulkan ahli keluarga dalam satu majlis yang sama, kami juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.

‘‘Majlis ini akan menjadi kenangan indah seumur hayat,’’ kata ahli perniagaan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Majlis persandingan yang berkonsep batik warna warni itu dihadiri hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada sanak saudara kedua-dua keluarga serta kenalan rapat mempelai.

Wednesday, March 18, 2009

Kedah gagal lakukan kejutan

PEMAIN Kedah, Mohd. Khyril Muhymeen (kanan) menanduk bola sambil dihalang pertahanan Chonburi FC pada pertembungan Piala AFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam. Chonburi FC menang 1-0. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


ALOR SETAR - Hajat membuat kejutan di gelanggang sendiri gagal ditunaikan Kedah apabila tewas 0-1 kepada Chonburi FC dari Thailand pada perlawanan Kumpulan G, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2009 di Stadium Darulaman, semalam.

Selepas tewas 1-3 kepada ACB Hanoi pada perlawanan terdahulu, Kedah yang cuba mencari kemenangan sulung beraksi garang pada awal permainan dengan mengatur beberapa asakan pantas tetapi dalam satu serangan balas pasukan pelawat, tuan rumah dikejutkan jaringan Kone Mohamed pada minit ke-33.

Dalam perlawanan semalam, sebaik pengadil dari China, Zhao Liang meniupkan wisel permulaan, Kedah tampak bersemangat mengatur asakan yang menyaksikan pada minit kedua, penyerang Badrol Bakhtiar memperoleh peluang keemasan tetapi rembatannya tersasar.

Ini membangkitkan semangat Kedah untuk meneruskan asakan tetapi kecetekan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa dan ketiadaan penyudah menghampakan penyokong tuan rumah walaupun beroleh kesempatan.

Bagaimanapun, perlawanan kembali seimbang dengan Chonburi FC pula mencemaskan benteng pertahanan Kedah, namun tuan rumah tanpa beberapa tonggak masih mampu mengekang asakan pelawat yang membariskan tujuh pemain kebangsaan dan pemain import.

Akhirnya dalam satu gerakan, penyerang Chonburi FC, Kone mudah memperdayakan pemain pertahanan, Victor Andrag sebelum menyepak masuk ke penjuru gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Helmi Eliza Alias pada minit ke-33 untuk pasukan pelawat mendahului 1-0.

Walaupun ketinggalan, Kedah tetap bersemangat untuk mencari jaringan penyamaan pada babak kedua dengan menyaksikan Badrol sekali lagi mempunyai peluang untuk merembat ke dalam pintu gol Chonburi FC ketika penjaga gawang, Kosin Hathairattanakool terlajak ke depan.

Namun, sepakan Badrol ditampan pemain pertahanan, Surat Sukha untuk bola yang melantun kembali ke dalam dakapan Kosin pada minit ke-46.

Permainan kemudiannya kembali seimbang tetapi tuan rumah ternyata gagal menembusi benteng Chonburi FC untuk kedudukan kekal dengan pasukan pelawat memungut mata penuh di Stadium Darulaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm