HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 16, 2010

Kebetulan pada AJL 24???




Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Ke Arah Masyarakat Malaysia yang Lebih Sihat

KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

“Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu,” katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.

Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.

petrol naik, kita kurangkan bergerak ( kurangkan pencemaran)
gula naik harga, kita kurangkan gula...( elak diabetes)
minyak masak naik harga, kita kurangkan penggunaan minyak... ( elak sakit jantung)
baik sungguh negara kita...

Sunday, January 3, 2010

Asri: ‘Manusia memang patut panggil Tuhan dengan panggilan Allah’

PETALING JAYA, Jan 3 — Bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat pihak berkuasa perlu menyediakan garis panduan tentang penggunaan kalimah “Allah” ekoran bantahan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Herald menggunakan perkataan tersebut dalam terbitannya.
Dalam kenyataan pertamanya sejak Khamis lalu, Asri juga berhujah bahawa manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.
“Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar.
“Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan,” katanya.
Bagaimanapun jelas beliau penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan menghina tidak wajar dibenarkan.
“Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala,” kata beliau dalam tulisan blognya di bawah tajuk “Isu Nama Allah: Kenyataan Pertama Dr. Mohd Asri”.
Beliau menjelaskan, “jika mereka berkata Allah Tuhan semesta alam, itu tidak menjadi masalah kerana itu kenyataan yang benar.
“Kuffar Quraish pun memanggil Tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah,” ujar beliau.
Oleh itu kata beliau, jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garis panduan dan peraturan hendaklah dibuat.
“Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini,” jelas Asri.
Dalam artikel disiarkan sebelum ini, Asri pernah berkata bukan soal nama “Allah” itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar.
“Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman,” katanya.
Khamis lalu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya.
Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.
Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan “Allah” kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.
Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, kata Lau.

sumber