Pernah x kita terfikir kenapa dalam ayat Quran hanya Khinzir sahaja yang dispesifikkan namanya tentang keharaman untuk memakannya. Tuhan lebih mengetahui kerana terdapatnya kemudaratan yang lebih pada
(Surah 2 - Al Baqarah : Ayat 173)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah 5 - Al Maidah : Ayat 3) Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
more info
[VIDEO] Diperli Rakan Sekerja, Suami Pekakkan Telinga Jaga Isteri Hingga
Akhir Hayat – ‘Muka Asyik Cuti, Macam Dia Sorang Ada Isteri’
-
Setia hujung nyawa, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada
individu yang menghabiskan sisa baki kehidupan bersama isterinya yang
terlantar ...
25 minutes ago
0 comments:
Post a Comment