HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 17, 2010

Antara Niat dan Lafaz

Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat

Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat

Ustaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat?
Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu?
Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya?

Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai yang masih keliru dan kurang arif tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.

Topik niat adalah sesuatu yang sukar diajar dalam bentuk teori. Dari seawal tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kita dididik dengan niat sebegini:

Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat kerana Allah ta’ala

Tambah cikgu lagi, niat itu adalah rukun dan jika tidak berkata begitu di dalam hati sebelum solat maka tidak berniat namanya, maka tidak sah solat.

Kesinambungan dari itu, maka ramailah yang terikut-ikut sebijik seperti yang dididik. Tertinggal satu perkataan dalam niat, dibatalkan solat. Terlebih sebut pun, dibatalnya solat. Maka terhasillah satu lagi penyakit, iaitu was-was!

Bagi memberi kefahaman sebenar, izinkan saya memberi dua contoh yang boleh diadaptasi dalam pemahaman kita tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.

Contoh pertama: Bayangkan anda menyuruh isteri menutup pintu bilik.

Isteri anda pun menurut kata, lalu bangun dan berjalan pergi ke arah pintu lalu menutupnya, sambil bercakap-cakap hal anak-anak dengan anda.

Serentak dengan itu, cuba tanya isteri anda:

Awak buat apa?
Kenapa tutup pintu?
Siapa yang suruh?

Isteri anda pun menjawab:

Saya tutup pintu
Kerana disuruh
Abang yang suruh

Ketiga-tiga jawapan itu jika anda tak tanya, tidak pula dilafazkan dengan zahir sama ada kepada anda atau kepada dirinya sendiri.

Tetapi itulah yang ada di dalam mindanya. Ini bermakna dia telah pun berniat sewaktu mula bangun. Itulah yang dinamakan niat.

Contoh kedua: Bayangkan anda sedang bermain badminton.

Sewaktu suatu ketika bulu tangkis hendak sampai kepada anda, apa yang anda lakukan? Adakah anda berkata begini di dalam hati?

Sahaja aku memukul bulu tangkis ini dengan pukulan kuat, selaju 120km/j, dengan tajamnya, sehingga ke sudut sebelah kanan court ini, kerana untuk mengalahkan lawan di depan itu!

Sudah tentu tidak, kerana apabila anda mula berbuat demikian, bulu tangkis itu sudah pun jatuh ke lantai. Sebenarnya sewaktu anda mula memukul bulu tangkis itulah yang dikatakan niat.

Justeru, saya berharap agar dua contoh tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang erti sebenar niat. Selepas ini diharap tidak timbul lagi persoalan seperti yang disebut di atas tadi.


sumber

0 comments: