HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 22, 2011

Kemusykilan Isu Video Seks Terbaru

Posted on Monday, March 21 @ 17:55:42 PDT by paktam
Oleh periapahit

"Astafirullah… itulah yang dapat saya ucapkan bila melayari internet pagi tadi. Niat dihati ingin mengetahui perkembangan
kes liwat yang bakal menyaksikan Hakim akan membuat keputusan semakan keatas perbicaraan dalam perbicaraan, mata ini dikejutkan dengan berita terbaru isu video seks yang diwar-warkan pelakunya adalah pemimpim utama pembangkang (dalam konteks sekarang, sudah semestinya DS Anwar Ibrahim).

Membaca ulasan oleh seorang manusia yang bernama Datuk T, bahawa beliau menemui perakam tersebut didalam bilik hotel setelah disuruh oleh pelaku tersebut mencari jam tangan yang hilang didalam bilik hotel itu. Si Datuk T ini telah menyimpan video tersebut semenjak dari 21hb februari dan menayangkan pada 21hb. Mac bersempena hari pembubaran DUN SERAWAK. Ianya selama sebulan di tangan Datuk T.

Mengikut Datuk T, beliau mahu sipelaku dan isterinya meninggalkan politik Malaysia dalam tempoh satu minggu dan kalau tidak, beliau akan mengerakkan NGO-NGO untuk menekan sipelaku dan isterinya disamping mencari pakar forensic untuk melihat ketulenan video itu.

Kemusykilan yang timbul dari kasus ini ialah siapa Datuk T yang diarahkan oleh sipelaku untuk mencari jamnya yang hilang didalam bilik hotel. Berdasarkan catatan berita, Datuk T yang diiringi DUA ORANG PENGAWAL PERIBADI semasa sidang media dan penayangan video tersebut bukanlah Datuk biasa seperti Datuk Yahya Sulong yang tinggal di Flet kerana berkemampuan untuk membiayai dua orang pengawal peribadi. Apa kejadah seorang Datuk dengan dua orang pengawal peribadi disuruh oleh pelaku untuk mencari jam hilang didalam bilik hotel padahal Datuk tersebut boleh mengarahkan salah seorang pengawal peribadinya untuk mencari jam tersebut. Kalau Datuk tersebut mengatakan bahawa pengawal peribadinya yang menemui kamera tersembunyi boleh juga kita terima sebab kebanyakkan pengawal peribadi adalah bekas anggota polis dan mereka mungkin mencari barangan hilang dengan lebih teliti. Datuk ini pula terpaksa mengubah meja dalam hotel untuk mencari jam dan seperti yang kita semua ketahui, perabut hotel kebanyakkannya telah di wall plug (lekat kedinding) dan satu perkara yang menghairankan jika hotel 5 bintang di Kuala Lumpur susun atur perabotnya boleh dipinda oleh pelanggan.

Kemusykilan kedua, sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Ini kerana setiap hotel 5 bintang, ianya dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan yang paling utama, didalam peti sejuk dipenuhi dengan pelbagai jenis minuman, cokelat dan juga makan ringan. Pihak house keeping akan melakukan pemeriksaan lengkap dan melapurkan kepada pihak receptionist sebelum bil dikeluarkan.

Kemusykilan ketiga, sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk tersebut sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan. Agak menghairankan kenapa Datuk tersebut mempunyai akses terus kepada bilik itu.

Kemusykilan keempat, sekiranyanya benar Datuk tersebut melihat ada kemera tersembunyi didalam bilik tersebut, perkara pertama yang perlu Datuk itu lakukan ialah mengambil gambar kamera tersembunyi tersebut. Ini kerana sekiranya benar Datuk ini benar-benar mahu melakukan kerja amal, beliau boleh bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana jika kemera tersebut berada didalam bilik tersebut dan bilik tersbut disewa oleh mana-mana pasangan suami isteri dari dalam dan luar negeri, maka aksi seks mereka akan dirakam dan rakaman itu boleh diguna untuk mengugut pasangan tersebut. Jadi persoalannya kenapa tindakan begitu tidak dibuat oleh Datuk tersebut.

Kemusykilan kelima, selalunya, mana-mana penyewa bilik akan membuka laci-laci didalam bilik hotel untuk mencari samaada menu makanan, pen atau senarai servis yang ada dihotel tersebut. Biasanya setiap hotel 5 bintang akan menyediakan satu borang kaji selidik mutu perkhidmatan untuk diisi oleh penyewa bagi mendapatkan maklum balas pelanggan keatas mutu perkhidmatan hotel tersebut. Jadi sekiranya dua laci berkunci, tidakkah itu mendatangkan satu kelainan yang boleh menyebabkan penyewa menyelidikinya?

Kemusykilan keenam, sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik tersebut.

Kemusykilan ketujuh, agak menghairankan kerana selepas 21hb. Feb, tiada kedengaran sebarang isu berkenaan kerosakan yang dilakukan oleh Datuk T pada perabot hotel tersebut dimana-mana blog kerana sudah pasti pihak hotel atau pihak house keeping akan bercakap sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku. Seperti kasus di Port Dickson, walaupun dinafikan oleh oleh pelaku, masih kedengaran desas desus dari bekas pekerja hotel tentang isu tersebut.

Saya tidak kisah sekiranya Datuk T tidak mahu orang ramai mengenalinya tetapi rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama perlu mengetahui NAMA HOTEL tersebut untuk keselamatan diri. Kita rakyat Malaysia tidak mahu menginap dihotel yang mempunyai kamera tersembunyi. Para pelancong, duta-duta Negara luar juga perlu mengesa DATUK T untuk memaklumkan nama hotel tersebut kerana sekiranya mana-mana wakil Negara luar menginap dihotel tersebut berkemungkinan aksi mereka akan dirakam dan menjadi mangsa ugutan.


SUMBER

0 comments: