HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 23, 2008

Kedah Kembali Terajui Kumpulan B


Kedah kembali mencerahkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia apabila membelasah Pulau Pinang 6-2 sebentar tadi. Walaubagaimanapun Kedah terpaksa menghadapi detik sukar apabila terpaksa berada di belakang seawall minit ke-9 apabila Pulau Pinang mendahului melalui Farizal Rozali akibat kesilapan Fazliata. Keadaan bertambah cemas apabila V. Thirumurugan pula menjaringkan gol sendiri pada minit ke-18.

Namun Kedah tidak mengalah dan terus mengasak dan hasilnya pemain sensasi Kedah Mohd Fadly Baharom menjaringkan gol pertama pada minit ke-33. Keadaan bertambah mudah buat Kedah apabila Farizal Rozali dilayangkan kad merah oleh Lee Chong Seng apabila menendang Victor dari Belakang pada minit ke-38.

Kelebihan itu pantas digunakan Kedah apabila tiga minit berselang, Fadly sekali lagi menjaringkan gol untuk kembali mengikat kedudukan 2-2.

Separuh masa pertama Kedah 2 Pulau Pinang 2

Sebaik sahaj bermula separuh masa kedua, Kedah terus mengasak dan hanya enam minit diperlukan untuk Kedah kembali di depan melalui Mohd Khyril Muhymeen Zambri. Lapan minit kemudian, Nelson San Martin menjaringkan gol melalui sepakan dari luar kotak penalti untuk melebarkan kedudukan kepada 4-2.

V. Thirumurugan menebus kembali kesilapan beliau apabila hasil gerakannya berjaya disudahkan oleh Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke73 dan seminit kemudian Marlon Alex James pula menambah derita Pulau Pinang melalui satu tandukan untuk kedudukan 6-2.

Pada perlawanan malam ini seorang lagi pemain muda diperkenalkan oleh Azraai Khor iaitu Mohd Faizal Abu Bakar yang masuk menggantikan Nelson San Martin.

Perlawanan tamat dengan kemenangan 6-2.

Kad Kuning: Nelson San Martin,64’

Kedah: Abdul Hadi Abdul Hamid, V. Thirumurugan, Cornelius Benard Hugging, Victor Andrag, Fazliata Taib, Baddrol Bakhtiar (Rafiz Abu Bakar,80’), Sabree Abu, Nelson San Martin (Mohd Faizal Abu Bakar,66’), Mohd Fadly Baharom (Samransak Kram,85’), Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Marlon Alex James.

Info Perlawanan:- Okage Ke-7

1 comments:

Unknown said...

alah...nasib jer.. penang bukan kuat pun. gaji pun tak ada. nak main bola macam mana.