Mail: Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kudin: Kuih salah buat.
Mail: Binatang apa pandai karate?
Kudin: Kuda belang. Cuba kira berapa black belt dia ada.
Mail: Siapa yang menemukan dompet kulit?
Kudin: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.
Mail: Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tak boleh ditolak?
Kudin: Pintu yang ada tulisan ‘TARIK’
Mail: Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Kudin: Pembohong!
Mail: Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati…’?
Kudin: Usus!
Mail: Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Kudin: Sebab lelaki ‘buaya’!
Mail: Apa beza setiausaha baik dengan setiausaha kurang baik?
Kudin: Setiausaha baik - ‘Selamat pagi tuan’/ Setiausaha kurang baik - ‘Dah pagi ni tuan’
Mail: Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Kudin: Tukang gali kubur!
Mail: Nak mencari susah, bila dapat buang, apa bendanya?
Kudin: Tahi hidung
Mail: Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Kudin: Dua-dua kalau sudah ‘kringgg’ boleh diangkat!
Mail: Gajah Terbang dengan apa?
Kudin: Dengah susah payah!
[VIDEO] ‘Awak Meyakinkan Saya Kita Akan Jadi Ibu Bapa Yang Sempurna’ –
Atikah Suhaime
-
Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan ucapan romantik buat suaminya, Datuk
Lokman Teh sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Artikel
Berka...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment