Kita semua tahu
masjid ini rumah Allah
kita semua tahu
kita solat di sini berjemaah
di sinilah kita menjalinkan
kemesraan
di sinilah juga kita membina ilmu.
Kenapa masjid yang sebuah ini
kita tinggalkan
kita tidak memakmurkan
dengan solat dan tazkirah
mengapa dan di mana silapnya.
Kita semua tahu
ia bermula dari detik sebuah perjuangan
dengan nekad dan keimanan
yang teguh dan keyakinan jitu
kita dirikan bersama
untuk kita solat
dan sujud bersama
menyembah Allah.
Kenapa masjid yang sebuah ini
kita berpecah belah
apa yang meruntun
dan menjadikan kita
tidak sekata dan sehaluan.
Kita semua tahu
solat di masjid itu perintah Allah
27 kali ganda kelebihannya
mengapa kita berpaling
dan tidak memakmurkannya.
Kenapa masjid yang sebuah ini
kita menjadi haru biru
kita biarkan sengketa
menguasai hati dan kalbu.
Bukankah apa yang berlaku ini
kita sedang menzalimi
diri sendiri
dan ingatlah kemurkaan Allah
azabnya sangat pedih.
[VIDEO] Suami Fila Amir Sedia RM100k Untuk Beli Barang Bayi, Sempoi Letak
Duit Dalam Plastik Bungkusan – ‘Dia Sangat Teruja’
-
Pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara
menyorot perhatian warganet kerana menyediakan wang perbelanjaan yang
banyak untuk an...
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment