HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 22, 2008

kedah juara piala fa 2008




KEDAH mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Shah Alam malam tadi untuk muncul pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994.

Ia adalah trofi kedua dimenangi skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu musim ini selepas mempertahankan Piala Liga Super, sekali gus menghampiri matlamat mengulangi kejayaan treble yang dicatat musim lalu.

Begitupun, Kedah berdepan ranjau perit dalam saingan itu apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada baki 14 minit selepas pertahanannya, Sabre Abu dilayangkan kad merah oleh pengadil Lee Chong Sheng kerana mengasari Amri Yahyah.

Dalam saingan akhir yang disaksikan kira-kira 40,000 penonton, Kedah hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Fadly Baharom apabila dalam gerakan pertama menerusi Badrol Bakhtiar dari sebelah kiri, pemain sayap itu menembusi pertahanan Selangor sebelum melakukan hantaran silang tepat buat Fadly untuk menguis masuk.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Selangor mula mengatur gerak dan Amri sepatutnya dapat menyamakan kedudukan pada minit keenam selepas menerima umpanan cantik Safee Sali tetapi rembatan pemain serba boleh itu ditepis keluar penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.

Pemain sayap kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri turut menjadi duri dalam daging buat barisan Dollah Salleh tetapi terlepas peluang keemasan pada minit ke-13 selepas menerima hantaran cantik Nelson San Martin sekalipun hanya berdepan penjaga gol Selangor, Suffian Rahman.

Kegagalan Khyril itu pantas dihukum Selangor yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi Amirulhadi Zainal apabila hantaran silang Elie Aiboy ke depan pintu gol gagal dikeluarkan benteng Hijau Kuning.

Ketika berkedudukan 1-1, Khyril menebus kesilapan apabila kembali meletakkan Kedah di depan pada minit ke-32 selepas gerakan satu-dua yang cantik dengan Nelson sebelum disudahi Khyril untuk mendahului 2-1 sehingga tamat babak pertama.

Aksi menyerang Kedah berterusan di babak kedua, dan Hijau Kuning melebarkan jurang pada minit ke-51 menerusi Shafiq Jamal yang menerima hantaran cantik Khyril ke dalam kawasan penalti Selangor.

Menyedari pasukannya memerlukan idea baru, Dollah memasukkan pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin bagi menggantikan Amirulhadi pada minit ke-53 dan kemasukan bekas pemain Pahang itu membolehkan Selangor mengimbangi saingan.

Selangor merapatkan jurang pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti penyerang gantian Frank Seator selepas penyerang import Liberia itu dijatuhkan Helmi.

Hasrat Merah Kuning mengheret permainan ke masa tambahan bagaimanapun tidak kesampaian biarpun mendapat beberapa peluang baik mengikat permainan sebelum Chong Sheng meniup wisel penamat.

0 comments: