HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 15, 2008

Tanpa Import, Anak Muda Kedah Buktikan

Tanpa kehadiran pemain import, Anak muda Kedah membuktikan bahawa mereka berada pada kelas tersendiri. Menjinakkan Tok Gajah untuk membawa bekal selesa ke Stadium Darul Makmur Selasa ini. Seawal minit pertama, satu lintangan cantik dari Baddrol berjaya mengelirukan Penjaga gol dan pertahanan lawan untuk Shafiq Jamal mudah menolak masuk ke gawang yang ternganga luas.


Ternyata gol awal itu menghadirkan satu semangat yang cukup jitu buat pemain Kedah untuk terus mengasak tatkala Pahang sedikit tertekan dengan keampuhan benteng pertahanan Kedah. Bermula dari bawah, gerakan cantik yang dimulakan, disudahkan dengan penuh bergaya oleh Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke-28 untuk menjadikan kedudukan 2-0. Meen bijak melakukan turning dan kuisan yang mengelirukan pemain import Pahang sebelum meledakkan rembatan kaki kiri yang cukup padu mengenai tiang sebelum menerjah masuk ke dalam Gawang Gol meninggalkan Syamsuri Mustafa termanggu kecewa.


Beberapa serangan Kedah kemudiannya turut mencemaskan gawang Pahang. Begitu juga Pahang yang sekali sekala mendapat peluang namun gagal disempurnakan oleh barisan depan terutamanya Hairuddin Omar. Separuh masa Pertama tamat dengan kedudukan 2-0.

Kedah tidak menunggu lama apabila hanya memerlukan seminit untuk melebarkan kedudukan. Kali ini menerusi pemain yang tidak kenat erti penat, Ahmad Fauzi Shaari apabila rembatan kencang beliau dari luar kotak penalti padu mengenai palang gol sebelum menerjah jaring gol lawan.

Pahang tidak berputus asa dan cuba mencari gol semangat yang akhirnya hadir menerusi Rosdi Talib apabila menerima umpanan Hairuddin terus merembat kencang ke penjuru kanan gawang Kedah untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke67. Pahang terus mencuba untuk mengurangkan jurang namun akhirnya Kedah yang berjaya menambah luka Pahang apabila lintangan Thirumurugan berjaya ditanduk kemas oleh Samransak Kram yang masuk menggantikan Shafiq Jamal pada minit ke-81.

Kedah Menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-1 untuk bekalan yang cukup selesa ke Stadium Darul Makmur. Namun skuad Muda Kedah harus berwaspada kerana dalam bolasepak, apa jua boleh berlaku. Kehadiran Nelson San Martin sedikit sebanyak akan menjadikan tugas Pahang sedikit sukar.

0 comments: