
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) kepada pasukan bola sepak Kedah yang berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran juara buat musim kedua berturut-turut.
Seramai 37 individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan menerima anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star, semalam.
Turut berkenan berangkat pada istiadat penganugerahan itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun. Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sultan Kedah berkenan mengurniakan anugerah itu bagi menghargai jasa mereka kerana telah mengharumkan nama negeri dalam bidang sukan bola sepak.
Pada majlis tersebut, antara yang menerima anugerah ialah Pengurus Pasukan Bola Sepak Kedah, Datuk Othman Aziz; ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan para pemain pasukan Sang Kenari.
“Bella Seorang Yang Sederhana, Tak Pernah Mengharap Perkara Hebat Dari
Saddiq”
-
Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani meluahkan
rasa syukur dan gembira anaknya kini bertemu pasangan hidup, Bella
Astillah. M...
4 hours ago



0 comments:
Post a Comment