KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia Bhd., telah ditawarkan menjadi penaja jersi Manchester United seperti yang didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes dalam laman blognya, tiga hari lepas.
“Manchester United telah menemui saya dan bertanya sama ada AirAsia berminat menjadi penaja jersi pasukan itu. Ini adalah satu perakuan dan jelas membuktikan syarikat kecil Malaysia mencapai kemajuan secara mendadak sebagai satu jenama dalam masa tujuh tahun di persada antarabangsa,” katanya yang bagaimanapun tidak memberi jawapan bersetuju atau tidak. – Bernama
0 comments:
Post a Comment