HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, February 21, 2009

Kajian buktikan lelaki paling boros




NEW JERSEY: Walaupun wanita dikatakan suka berbelanja membeli fesyen terbaru, tinjauan sebaliknya mendapati lelaki sebenarnya paling boros.

Syarikat pengutip hutang, Dun & Bradstreet, mendedahkan semakin ramai lelaki muda terperangkap dengan beban hutang.

“Memang membimbangkan melihatkan ramai lelaki muda menunjukkan tanda tekanan kewangan,” lapor laman web yang memetik kenyataan Ketua Eksekutif Dun & Bradstreet, Christine Christian.

Beliau juga mendedahkan, lebih 55 peratus penghutang berumur di bawah 34 tahun.

“Keadaan ekonomi kini menyukarkan pengguna mengurus bajet dan tergoda untuk berbelanja tanpa memikirkan akibatnya.

“Bagi mengelakkan hutang bertambah, pengguna harus memberi perhatian lebih kepada kewangan mereka,” katanya.
Sejak dua tahun lalu, syarikat berkenaan mendapati lelaki secara konsisten melonggokkan hutang lebih cepat berbanding wanita.

Purata nilai hutang lelaki ialah 28 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Bagaimanapun, lelaki kelihatan berjaya mengurangkan hutang mereka sejak beberapa bulan lalu.

Kajian juga mendedahkan wanita yang mengurangkan purata hutang mereka sebanyak 1.2 peratus tetapi kumpulan itu masih lagi kecil berbanding wanita yang mengurangkan purata saiz hutang mereka sebanyak lebih tiga kali ganda atau 3.8 peratus.

0 comments: