HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 15, 2009

Tiada yang sehebat Giggs



MANCHESTER, England - Tiada pengganti. Begitulah kata penolong pengurus Manchester United, Mike Phelan mengenai Ryan Giggs yang disifatkannya mustahil untuk mana-mana pemain menyamai pencapai pemain itu.

Pemain sayap Wales berusia 35 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak selama setahun untuk kekal di Old Trafford buat musim ke-19 bersama United.

Giggs membuat kemunculan sulung di United pada Mac 1991 dan kini memegang rekod aksi paling banyak kelab itu, iaitu 787 kali dan telah menjulang semua trofi.

Pemain veteran itu memenangi 10 Liga Perdana England, dua kali menjulang Liga Juara-Juara dan empat Piala FA.

Phelan pernah berganding dengan Giggs di United ketika Giggs masih pemain remaja pada awal tahun 90-an.

Orang nombor dua Alex Ferguson itu percaya rekod Giggs sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemain moden pada masa ini.

"Saya mungkin satu-satunya pemain yang sempat beraksi di United ketika Giggs memulakan kariernya.

''Ketika itu dia salah seorang pemain generasi baru dan cuba memecah kelompok skuad utama.

"Seronok melihat dia berlatih dan semua orang bercakap mengenainya. Selepas dia meraih tempat dalam pasukan, Giggs tidak mampu disekat oleh mana-mana pemain lagi," kata Phelan. - AFP

0 comments: