HTML Free Code
CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 1, 2009

‘DUN Perak tidak boleh bersidang’

KUANTAN 28 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Dia (Sivakumar) tidak boleh (buat sidang tergempar) sebab mahkamah belum membuat keputusan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu masih lagi wakil rakyat dan mereka tidak mengosongkan jawatan mereka sebagai ADUN.

“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini. Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Najib mengulas tindakan Sivakumar mengeluarkan notis sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua usul yang diterima pada 24 Februari lalu.

Sivakumar berkata, semua wakil rakyat diarah hadir kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, enam anggota Exco kerajaan negeri dan tiga wakil rakyat iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Najib berkata, walaupun menerima tekanan daripada pembangkang di Perak, ia tidak akan melemahkan usaha kerajaan BN untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat negeri itu.

“Apa yang mustahak sekarang ialah kita hendak memberi tumpuan kepada kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kita kena turun padang dan tunjukkan bahawa kerajaan baru di Perak adalah kerajaan yang benar-benar mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat,” tegasnya.


eh, pelik jugak. dah tau x sah tapi bentuk kerajaan jugak.bley plak guna undi calon bebas untuk form kerajaan. n kalo kes mahkamah x selesai, maknanya adakah tiada sidang dun perak sepanjang tempoh tersebut?...

1 comments:

Anonymous said...

knapa la polemik ni jadi kt negeri aku..hoho. selagi xdpn keputusan dun prk xleh ar bersidang..camne la perak nk maju..suma dok fokus politik ja..